Popular Posts

Sunday, October 31, 2010

Jemu

Hidup ni memang aneh.Ataupun sbnarnya aku yg aneh.Bila rasa jemu menguasai diri sgala benda tak menjadi.Itulah apa yg aku rasa.Entah mengapa kebelakangan ni hidup aku memang terasa jemu yg teramat.Segala yg aku buat semuanya rutin.Pegi keja,balik keja.Hujung minggu blik kg.Huh memang menjemukan.Memang tak ada pembaharuan langsung.Balik kg pun sb tpaksa.Kesian kat mak n ku.Kalau aku tak balik tak da org kt umah.Hmm apa boleh buat.Selagi terdaya aku akan tetap teruskan.Ini adalah janji aku pada diri aku sendiri.Aku dah berjanji tuk terus menjaga kedua ibu bapa aku selagi mereka hidup.Biarlah aku mengorbankan segala kepentingan hidup aku.Moga satu hari nanti segala pengorbanan aku akan medapat balasan yg sewajarnya.Walaupun ada yg mempersoalkan apa yg aku buat ini aku tetap dgn pendirianku.Biarlah walau kadangkala aku merasa terlampau jemu dgn semua ini tapi aku tetap akan teruskan selagi aku terdaya.Hanya Allah yg maha mengetahui segalanya.Aku tetap aku.Biar org mencela apa yg aku lakukan adalah dgn hati yg tulus suci.Hidup ini hanya sementara.Dunia ini jua hanya pinjaman.Tiada yg kekal abadi.Walaupun jemu melanda aku tetap akan teruskan jua selagi terdaya..

3 comments:

  1. sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segalanya. Semoga pengorbananmu membuah sesuatu yang berbaloi. Ku mendoakan semoga dikau sentiasa bergembira dalam apajua keputusan yang dikau lakukan. Jangan endahkan kutukan orang, anggaplah kutukan itu sebagai iklan sahaja.

    ReplyDelete
  2. thanks my dear wafie..sokonganmu ku kenang selamanya..

    ReplyDelete